Prepaid SMS

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Friday, December 4, 2009

MERANCANG KEWANGAN KELUARGA

Sebelum saya menceburi bidang takaful, saya pernah terlibat dalam jualan langsung dan pernah mempunyai sebuah kedai yang memberikan khidmat fotostat dan peralatan pejabat kecil-kecilan. Saya juga menjadi agen akhbar yang mempunyai ramai pelanggan kecil dan turut membekalkan akhbar dalam bandar Kuantan.

Pendapatan agak stabil. Pada masa itu tidak ada seorang agen insuran atau takaful yang datang bercerita kepada saya tentang manfaat satu polisi takaful. Saya hanya sedar dari pembacaan dan hanya membeli polisi dari Syarikat Takaful Malaysia iaitu anak syarikat kepada Bank Islam.

Saya membayar polisi secara bulanan dan sering tertunggak kerana memandang ringan perkara ini. Pada suatu hari berlaku kemalangan hingga menyebabkan saya kehilangan kaki kanan yang terpaksa dipotong, cedera teruk di tangan kanan dan patah di paha kiri.

Bila doktor bertanya tentang insuran saya tergamam kerana teringat bahawa sudah lama saya tidak membayarnya. Pembedahan di hospital pada masa itu agak bermasalah kerana ketiadaan doktor pakar yang sudah berpindah ke hospital swasta. Akhirnya pada hari ke 5 dihospital barulah pembedahan ke atas saya boleh dilakukan iaitu potong kaki kanan!

Selepas sebulan saya dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut. Bayangkan saya terpaksa menanggung kesakitan kaki kiri yang masih patah di peha dan tangan kanan yang patah di empat tempat!

Setelah selesai pembedahan memasukkan besi dalam tulang peha kiri, tangan kanan yang patah 4 tidak disentuh lagi walaupun sudah hampir menjangkau sebulan di HKL. Akhirnya saya di pindahkan kembali ke Hospital Kuantan untuk rawatan selanjutnya di tangan kanan. Kebetulan ada seorang doktor yang agak berumur dari Sabah yang ditugaskan di situ telah berusaha melakukan pembedahan pada tangan kanan saya.

Anda bayangkan... 3 bahagian kecederaan dilakukan dalam masa 3 bulan. Oleh itu janganlah kita terlalu berkira untuk mengambil polisi takaful yang sudah menjadi satu keperluan zaman moden ini. Jika anda mampu membeli kereta dan membeli rumah, maka tidak wajar sekali anda tidak mempunyai takaful untuk diri sendiri. Bila berlaku kemalangan seperti apa yang saya alami, maka anda mendapat satu ketenangan jiwa iaitu boleh memilih pakar mana yang anda suka dan hospital pakar mana yang anda ingini.

Tidak ada penangguhan pembedahan tanpa sebab. Doktor akan laksanakan apa yang perlu dilaksanakan segera!

Maka dalam Prudential BSN Takaful.. tersedia kad perubatan bernilai RM500 ribu yang boleh anda gunakan seumur hidup. Syarikat kami akan membayar apa yang dicajkan oleh hospital.. dan anda tidak perlu mengorek simpanan anda untukmembayar bil-bil hospital tersebut.

Disinilah terletaknya kebijaksanaan anda kerana telah merancang kewangan sejak awal.
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.... jangan bertangguh.

Tuesday, December 1, 2009

Monday, November 30, 2009



sila click pd gambar utk pembesaran "imej"
Pelan Takaful Yang terbaik hingga KINI

APA YG ANDA PERLUKAN SEBENARNYA:Apabila sudah bekerja dan ada gaji, sudah menjadi lumrah semua manusia akan memenuhi keperluan asasnya terlebih dahulu iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jika ada lebihan kewangan maka mereka akan mula berusaha menabung untuk kecemasan. Jika seorang muslim mereka akan menabung dalam simpanan Tabung Haji.

Perancangan kewangan untuk perlindungan kesihatan dan kehilangan pendapatan tidak ada dalam kamus kehidupan kebanyakan orang Melayu. Malah jika ada kelebihan kewangan mereka lebih suka menyalurkannya untuk hiburan atau "makan besar" sebulan sekali. Sebab itulah walau macam mana pun keadaan fizikal rumah, Astro tetap dilanggan. Kadang kala ada dua piring Astro pada sebuah rumah kerana keghairahan memenuhi selera masing-masing. Selain itu makan di luar bersama keluarga kadang kala menjadi satu kewajipan yang tidak dapat ditinggalkan.

Takdir Allah s.w.t. menyebabkan ada di antara kita yang jatuh sakit secara tiba-tiba seperti serangan jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Begitu juga bidang perniagaan atau pekerjaan yang menyebabkan kita tiba-tiba kehilangan pendapatan disebabkan masalah kegawatan ekonomi atau diberhentikan kerja. Ada juga yang meninggal dunia awal dengan meninggalkan isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang masih kecil.

Situasi yang sedemikianlah akan membuktikan betapa perlindungan takaful akan membantu di waktu waris yang kita tinggal amat memerlukan kewangan atau menampung keperluan sewaktu kita sakit teruk.

1. Elokkah jika kita dimasukkan ke wad hospital kerana penyakit kritikal tetapi kita mempunyai elaun harian hospital sebanyak RM200 sehari?

2. Elokkah jika kita mendapat rawatan segera di hospital pakar dan tersedia untuk kita satu kad rawatan yang boleh digunakan Rm500 ribu seumur hidup?

3. Elokkah jika kita tidak perlu mengeluarkan simpanan kita untuk menampung bil rawatan hospital yang dicaj oleh doktor?

4. Elokkah jika kita meninggal dunia tetapi tidak lama selepas itu seorang agen takaful menghantar kepada isteri kita sekeping cek yang bernilai puluhan ribu ringgit untuk kegunaan isteri dan anak-anak kita meneruskan kehidupan tanpa meminta belas ihsan orang ramai dan adik-beradik yang lain?

SEMUANYA ADA DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ! Syarikat pertama yang mengluarkan Medical Card Takaful di Malaysia. Kita berusaha dan bertawakkal ! Slogan syarikat kami : The Face You Can Trust. Hubungi saya : 013 932 8138 - Tn Asrie.